Malaysia Sedia Memimpin Ekonomi Kewangan Islam-Halal Bersepadu - Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Malaysia bersedia memimpin usaha membangunkan ekonomi kewangan Islam-halal bersepadu yang akan menjana pertumbuhan dan kemakmuran yang inklusif, bukan sahaja untuk umat Islam tetapi juga untuk masyarakat global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.