BERITA TERKINI   Liga Super: Kelantan TRW FC 0-1 Kuching City FC | 

Terdapat 30 berita berdasarkan kata kunci carian " ekuiti asia"

Institusi Tempatan Kekal Pembeli Bersih Minggu Keenam Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Institusi tempatan kekal sebagai pembeli bersih untuk minggu keenam berturut-turut dengan aliran masuk bersih RM639.5 juta berbanding pelabur runcit tempatan yang merekodkan aliran keluar bersih minggu keempat berturut-turut berjumlah RM90.2 juta.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Data Ekonomi Positif Dorong Keyakinan Pelabur

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh data ekonomi domestik dan global yang semakin positif sekali gus mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap prospek pertumbuhan jangka pendek Malaysia.

Pelabur Asing Catat Belian Bersih Ekuiti Asia US$389.4 Juta Minggu Lepas

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Pelabur asing terus mencatatkan belian bersih saham Asia untuk minggu kedua berturut-turut, dengan aliran masuk bersih berjumlah US$389.4 juta, menurut MBSB Investment Bank Bhd.

Pelabur Asing Kembali Sebagai Pembeli Bersih US$996 Juta Ekuiti Asia, Taiwan Tertinggi - MBSB

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Pelabur asing muncul semula sebagai pembeli bersih di pasaran Asia pada minggu lepas dengan mencatat jumlah US$996 juta (US$1=RM4.23) berbanding aliran keluar pada minggu sebelumnya manakala Taiwan mencatat angka belian tertinggi di rantau ini.

Ringgit Terus Naik Susulan Inisiatif Kerajaan, Perjanjian Perdagangan AS-Jepun Tingkat Sentimen

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Ringgit terus mencatatkan kenaikan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Rabu, peningkatan yang disokong oleh langkah sokongan fiskal terbaharu yang diumumkan kerajaan apabila dana asing kembali ke pasaran ekuiti tempatan, kata penganalisis.

Ringgit, Ekuiti Asia Bakal Raih Manfaat Susulan Jangkaan Dolar AS Terus Lemah - Stanchart

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Prestasi dolar Amerika Syarikat (AS) yang lemah dijangka terus menyuntik manfaat ke atas ringgit serta ekuiti Asia di masa depan selain unjuran keadaan lebih goyah dalam separuh kedua 2025, kata Standard Chartered Bank.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat pada tengah hari dengan indeks penanda aras naik 0.34 peratus, menjejaki sentimen optimis dalam kebanyakan pasaran serantau.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan sentimen dan minat untuk mengambil risiko yang lebih baik susulan perkembangan gencatan senjata antara Israel dan Iran.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau.

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini dengan lebih rendah, diasak oleh kekurangan pemangkin baharu yang turut memaparkan aliran di peringkat pasaran serantau.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini dengan lebih rendah, didorong oleh jualan yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam keadaan kekurangan pemangkin baharu.

FBM KLCI Rendah Sedikit Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, dipengaruhi oleh sentimen berhati-hati berikutan isyarat bercampur-campur daripada prestasi Wall Street dalam tempoh semalaman.