Terdapat 8 berita berdasarkan kata kunci carian " gwm"

GWM Malaysia Yakin kekal Momentum Pertumbuhan Dua Angka Menjelang Akhir 2026

​​​​​KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- GWM Malaysia menyasarkan pertumbuhan jualan dua angka menjelang akhir 2026 berikutan prestasi kukuhnya pada tahun lepas apabila jualan melonjak sebanyak 177 peratus kepada hampir 5,900 unit daripada 2,128 unit pada 2024.

Great Wall Motor Pamer Ekosistem Mobiliti Paling Komprehensif Di KLIMS 2026

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Great Wall Motor (GWM) Malaysia mempamerkan ekosistem mobiliti paling komprehensif pada Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2026 dari 12 hingga 21 Jun, 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan  Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini.

GWM Malaysia Perkukuh Barisan Kepimpinan Bagi Percepat Pengembangan, Komitmen Pembuatan

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- GWM Malaysia Sdn Bhd mengumumkan beberapa pelantikan kepimpinan strategik sebagai sebahagian usaha untuk memperkukuh komitmen jangka masa panjang terhadap pasaran Malaysia di samping menyokong fasa pengembangan perniagaan seterusnya, usaha penyetempatan dan peningkatan pembuatan.

KLIMS 2026 Sasar 200,000 Pengunjung Susulan Pengenalan Elemen Pengalaman Mobiliti, Gaya Hidup

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2026 menyasarkan kira-kira 200,000 pengunjung tahun ini, susulan pengembangannya melangkaui pameran automotif tradisonal kepada pameran mobiliti, teknologi dan gaya hidup yang lebih meluas.

GWM Malaysia Catat Prestasi Stabil Pada Suku Pertama 2026, Teruskan Momentum 2025

KUALA LUMPUR, 23 April  (Bernama) -- GWM Malaysia mencatatkan prestasi yang berdaya tahan pada suku pertama 2026 dengan penyerahan sebanyak 1,294 unit, walaupun beroperasi dalam landskap pasaran automotif yang lebih sederhana.

GWM WEY G9 Raih Lebih 800 Tempahan Seminggu Selepas Pelancaran

KUALA LUMPUR, 11 Feb  (Bernama) -- Pelancaran WEY G9 Hi4 PHEV oleh Great Wall Motor (GWM) berjaya meraih lebih 800 tempahan dalam tempoh seminggu pertama, mencerminkan permintaan awal yang kukuh terhadap kenderaan pelbagai guna (MPV) tenaga baharu mewah pemasangan tempatan pertama serta peningkatan keyakinan pelanggan terhadap kenderaan hibrid pintar.

GWM Perkukuh Komitmen Automotif Tempatan Dengan Pelancaran WEY G9 CKD

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Great Wall Motor (GWM) Malaysia memperkukuh komitmen jangka panjangnya dalam industri automotif negara melalui pelancaran model terbaharu WEY G9 Hi4 PHEV (WEY G9), dipasang secara tempatan (CKD) bagi menyokong pemindahan teknologi dalam segmen kenderaan tenaga baharu.

Aset Kewangan Maybank GWM Cecah Lebih RM565 Bilion Disokong Momentum Kukuh

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Jumlah aset kewangan Maybank Group Wealth Management (GWM) mencecah lebih RM565 bilion setakat September 2025, disokong oleh momentum kukuh dalam pengurusan kekayaan Islam.