HE Group Sasar Prestasi Lebih Baik Tahun Depan, Dipacu Lonjakan Permintaan Pusat Data
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan kejuruteraan elektrik, HE Group Bhd menyasarkan untuk mencapai prestasi kewangan lebih baik tahun depan, didorong lonjakan permintaan pusat data di Malaysia serta sentimen positif susulan pemindahan penyenaraiannya ke Pasaran Utama Bursa Malaysia hari ini.