Untung Bersih Hong Leong Financial Group Bagi Tahun Kewangan 2025 Naik Kepada RM3.25 Bilion
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Hong Leong Financial Group Bhd (HLFG) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2025 meningkat kepada RM3.25 bilion daripada RM3.19 bilion pada tahun kewangan sebelumnya, dipacu oleh prestasi yang lebih baik dalam perbankan komersial dan insurans.