Tunggakan Yuran Penyenggaraan: Perlukah Kita Berasa Bimbang?
Oleh Abdul Hamid A Rahman
Bahagian pertama daripada tiga siri artikel yang dihasilkan Bernama ini mengkaji beban tunggakan yuran penyenggaraan yang semakin meningkat dalam pembangunan strata Malaysia. Pakar-pakar daripada sektor hartanah membincang dan memberi pandangan mengenai implikasi kewangan, cabaran sistem dan potensi penyelesaian untuk memastikan kemampanan jangka panjang komuniti yang berkongsi bangunan kediaman.