BERITA TERKINI   Tiga warga Vietnam dipenjara 12 tahun dan denda RM128.9 juta atas 15 pertuduhan simpan bahagian hidupan liar tanpa permit sah | 

Terdapat 1 berita berdasarkan kata kunci carian " jalan petaling"

Aroma Herba, Laci Kayu Lambang Warisan Kedai Ubat Kien Fatt

Oleh Karina Imran & Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Di sepanjang Jalan Petaling yang sibuk, dengan kemeriahan pelancong tawar-menawar harga untuk membeli cenderahati dan peniaga giat mempromosikan barangan jualan mereka kepada pelanggan, terdapat sebuah kedai lama, Kedai Ubat Kien Fatt terletak di bangunan warisan yang melambangkan elemen perpaduan Malaysia.