Unit Citaglobal Peroleh Kontrak Naik Taraf Jalan FT3 Bernilai RM169 Juta
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Citaglobal Bhd, Citaglobal Land Sdn Bhd (CLSB) meraih kontrak bernilai RM168.88 juta daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menaik taraf Jalan Persekutuan 3 (FT3) sepanjang 7.25 kilometer (KM) daripada laluan sehala kepada laluan dua hala.