Pelabur Digesa Pelbagaikan Portfolio Di Tengah-tengah Ketidaktentuan Harga Minyak
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Pelabur digesa mempelbagaikan portfolio dan mempertimbangkan peralihan kepada pelaburan berisiko rendah dan berkualiti tinggi semasa tempoh ketidaktentuan yang disebabkan oleh harga minyak yang tidak menentu, kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Asia School of Business Prof Joseph Cherian.