MATRADE Meterai PPA Dengan Syarikat Kejuruteraan Cahaya Abadi
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menandatangani perjanjian pembelian tenaga (PPA) solar dengan Kejuruteraan Cahaya Abadi Sdn Bhd (KCASB) bagi penjimatan hasil penggunaan elektrik bernilai hampir RM500,000.