Terdapat 174 berita berdasarkan kata kunci carian " kelapa"

Kerajaan Peruntuk RM9.8 Juta Pada 2025 Tangani Penyakit, Perosak Utama Sawit – KPK

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Kerajaan memperuntukkan RM9.8 juta pada 2025 untuk menangani penyakit dan perosak utama tanaman kelapa sawit, termasuk kulat Ganoderma dan ulat bungkus, kata Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

Bio Eneco Perkukuh Rangkaian Biojisim, Buka Kilang Ketiga Di Gebeng

KUANTAN, 10 Feb (Bernama) -- Kilang Bio Eneco Sdn Bhd yang baru beroperasi di Gebeng di sini mampu memproses sehingga 20,000 tan hasil sisa kelapa sawit sebulan dengan hasilnya disasarkan untuk dieksport ke Jepun, Thailand dan Filipina. 

Malaysia Ulangi Komitmen Untuk Kekal Sebagai Pembekal Minyak Sawit Boleh Dipercayai Ke India

PUTRAJAYA, 8 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengulangi komitmen Malaysia untuk kekal sebagai pembekal minyak sawit mampan yang boleh dipercayai kepada India.

Indeks Harga Pengeluar Malaysia Susut 2.7 Peratus Pada Disember 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia, yang mengukur perubahan harga di peringkat pengeluar, terus mencatatkan penurunan 2.7 peratus pada Disember 2025, selepas susut 1.8 peratus pada bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan (DOSM).

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh harga minyak mentah yang stabil dan trend bercampur-campur dalam niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Sektor Pertanian Naik 3.1 Peratus Pada 2024 Dipacu Komoditi Kelapa Sawit

PUTRAJAYA, 26 Dis (Bernama) -- Prestasi kukuh komoditi kelapa sawit terus menjadi pemacu utama kepada pertumbuhan sektor pertanian negara apabila mencatatkan kenaikan 3.1 peratus pada 2024 berbanding 0.2 peratus pada tahun sebelumnya, menurut Indikator Pertanian Terpilih 2025 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

Eksport Malaysia Meningkat 7.0 Peratus Kepada RM135.0 Bilion Pada November 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Prestasi perdagangan Malaysia mencatatkan peningkatan pada November 2025, dengan jumlah dagangan meningkat 11.1 peratus kepada RM263.8 bilion daripada RM237.4 bilion.

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini disokong oleh peningkatan di pasaran niaga hadapan getah serantau serta kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.

Industri Sawit Kekal Stabil Pada 2026, Tumpu R&D Dan Peningkatan Hasil – Johari

BANGI, 16 Dis (Bernama) -- Industri sawit negara dijangka kekal stabil dan berdaya saing pada tahun depan, didorong oleh usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berterusan, hasil serta amalan mampan yang dipertingkatkan sejajar dengan keperluan pasaran global.

Sektor Minyak Sawit Berada Pada Kedudukan Baik Untuk Sertai Pasaran Karbon -- Johari

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Sektor minyak sawit berada pada kedudukan yang baik untuk menembusi pasaran karbon, selepas menerapkan amalan kemampanan dan ekonomi kitaran merentasi rantaian nilainya, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani

Wasco Greenergy Jangka Lonjakan Permintaan Biotenaga Susulan Peralihan Penyahkarbonan

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Wasco Greenergy Bhd berazam mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia penyelesaian biotenaga bersepadu khusus susulan peningkatan permintaan teknologi penyahkarbonan di rantau ini.

Pengeluaran Dan Eksport Minyak Sawit November Susut 5.30 Serta 28.13 Peratus -- MPOB

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Pengeluaran minyak sawit Malaysia (MSM) merosot 5.30 peratus dari bulan ke bulan kepada 1.94 juta tan pada November 2025 berbanding 2.04 juta tan yang dicatatkan semasa Oktober 2025, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).