BERITA TERKINI   Polis buka kertas siasatan susulan laporan palsu kemangkatan Sultan Kelantan - Ketua Polis Kelantan | Kerajaan pertimbang wajibkan label ‘AI generated’ bagi kandungan digital di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian - Fahmi | 

Terdapat 10 berita berdasarkan kata kunci carian " keperluan rizab berkanun"

Saham Bank Bercampur-campur Pada Awal Dagangan Susulan Penurunan OPR

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Saham-saham bank diniagakan secara bercampur-campur pada awal dagangan hari ini apabila penurunan kadar faedah oleh Bank Negara Malaysia (BNM) memberi tekanan serta-merta ke atas margin faedah bersih (NIM) bank-bank.

Penurunan 2.75 Peratus OPR Akan Rangsang Perniagaan, Kekalkan Daya Tahan Ekonomi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) – Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM)  menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus adalah langkah untuk merangsang aktiviti perniagaan dan juga mengekalkan permintaan domestik.

SST Dan Tarif Baharu Elektrik: Langkah Strategik Perkukuh Kewangan Negara

Oleh Nurul Hanis Izmir

PUTRAJAYA, 6 Julai (Bernama) -- Ketika negara melangkah ke separuh kedua 2025, penyelarasan semula fiskal melalui peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan semakan tarif elektrik dilihat sebagai langkah strategik kerajaan untuk mengukuhkan kewangan sambil mengutamakan kebajikan rakyat.

Untung Bersih Suku Pertama RHB Bank Naik Kepada RM750.03 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- RHB Bank Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM750.03 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025 berbanding RM730.17 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

KDNK Suku Pertama Menggalakkan, Prospek 2025 Kekal Dipengaruhi Ketidaktentuan Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Malaysia merekodkan pertumbuhan ekonomi suku pertama 2025 yang memberangsangkan sekali gus mengatasi prestasi beberapa negara rakan serantau.

Penurunan 100 Mata Asas SRR Oleh BNM Beri Ruang Nilai Kesan Tarif AS

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Penurunan 100 mata asas dalam nisbah Keperluan Rizab Berkanun (SRR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis lepas memberi sedikit ruang kepada Jawatankuasa Dasar Monetari menilai kesan tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap eksport, kata Moody’s Analytics.

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam untuk dibuka tinggi, didorong oleh minat belian baharu dalam saham wajaran tinggi terpilih yang sejajar dengan momentum positif di pasaran serantau, kata penganalisis.

BNM Akan Turunkan Nisbah Keperluan Rizab Berkanun Kepada Satu Peratus

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) akan menurunkan nisbah Keperluan Rizab Berkanun (SRR) sebanyak 100 mata asas iaitu daripada dua peratus kepada satu peratus, berkuat kuasa 16 Mei 2025.

Ringgit Ditutup Sedikit Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, berikutan keyakinan terhadap dolar AS kembali pulih, kata seorang ahli ekonomi.

Ekonomi Terus Berkembang Meskipun Wujud Ketidakpastian Mengenai Tarif - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Berikut adalah transkrip temu bual BERNAMA menerusi e-mel dengan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) dan Keperluan Rizab Berkanun (SRR).