Terdapat 368 berita berdasarkan kata kunci carian " kesatuan eropah"

Niaga Hadapan MSM Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Sempena Cuti Tahun Baharu Cina

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tidak berubah dengan kecenderungan menyusut minggu depan berikutan cuti Tahun Baharu Cina memandangkan pasaran China dan Malaysia ditutup sempena perayaan itu.

Bank Pelaburan Positif Terhadap Prospek Sektor Pembuatan Malaysia Pada 2026

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Bank pelaburan kekal positif terhadap prospek sektor pembuatan Malaysia pada 2026, dengan menyifatkan permintaan domestik yang berdaya tahan, ketidakpastian tarif yang semakin berkurangan dan aktiviti pelaburan yang stabil sebagai faktor utama yang menyokong pertumbuhan.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan, Menanti Hasil POC2026

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka bergerak secara mendatar minggu depan berikutan pasaran kekal dalam situasi berhati-hati.

Projek Perlombongan Malaysia-Perancis Maju Ke Hadapan, Sasar Pengembangan Hiliran

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Projek perlombongan Malaysia-Perancis di antara Malaco Mining Sdn Bhd dengan pakar penapisan dan kitar semula nadir bumi Perancis, Carester memasuki fasa kilang perintis untuk perlombongan dan penapisan.

Pasaran Getah Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki pergerakan menurun dalam niaga hadapan getah serantau dan minyak mentah penanda aras, kata seorang peniaga.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum kenaikan dengan dibuka tinggi pada Isnin berikutan dana asing terus membeli saham tempatan, mencerminkan keyakinan luar yang berterusan terhadap pasaran Malaysia.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Antara RM3,800-RM3,900 Satu Tan Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam lingkungan RM3,800 hingga RM3,900 satu tan minggu depan, kata seorang peniaga.

Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Jumaat, disokong oleh pemulihan harga minyak mentah, kata seorang peniaga. 

Bursa Malaysia Terus Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada tengah hari ini dipacu oleh minat belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, disokong sentimen yang kukuh dalam kebanyakan pasaran serantau.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Susulan Tindakan Trump Batal Ancaman Tarif Ke Atas EU

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Khamis dengan lebih positif susulan peningkatan semula Wall Street selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menarik balik ancamannya untuk menaikkan tarif ke atas beberapa ekonomi Kesatuan Eropah (EU) bagi isu membabitkan Greenland.

Ringgit Ditutup Tinggi Ketika Kebimbangan Mengenai Tarif AS-EU, Tekanan Bon Kerajaan Jepun Reda

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS berikutan sentimen pasaran semakin baik di tengah-tengah kebimbangan mengenai tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas Kesatuan Eropah (EU) dan risiko geopolitik manakala tekanan di pasaran Bon Kerajaan Jepun (JGB) pula mereda.

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Ketika Ketegangan Tarif AS-EU Meningkat

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Ringgit menyusut berbanding dolar AS ketika ditutup pada Selasa berikutan sentimen pasaran yang berhati-hati dalam keadaan ketegangan tarif yang semakin meningkat antara Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU).