Pendirian Neutral ASEAN Faktor Penting Serlah Kepengerusian Malaysia - Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Ketegasan pendirian neutral dan berkecuali ASEAN dalam era pemisahan Amerika Syarikat-China serta deglobalisasi, menjadi faktor penting yang mampu “menyelamatkan” kebanyakan rantaian bekalan dunia yang kritikal.