Terdapat 39 berita berdasarkan kata kunci carian " keselamatan makanan"

Afrika Bakal Jadi Pemacu Utama Minyak Sawit Global Dekad Hadapan - Pakar

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Wilayah Afrika dijangka menjadi pemacu utama dinamika pasaran minyak sawit global dalam dekad akan datang, selain muncul sebagai pasaran besar bagi komoditi tersebut, kata pakar.

Malaysia, India Akan Galakkan Guna Mata Wang Ringgit-Rupee Dalam Perdagangan Dua Hala - PM Anwar

PUTRAJAYA, 8 Feb (Bernama) -- Malaysia dan India telah bersetuju untuk mempercepatkan penggunaan ringgit dan rupee dalam perdagangan dan pelaburan dua hala, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MATRADE Ketuai 120 Syarikat F&B Malaysia Sertai Pameran Gulfood 2026 Di Dubai

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengetuai lebih 120 syarikat makanan dan minuman (F&B) Malaysia menyertai pameran Gulfood 2026 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang berlangsung dari 26-30 Jan.

QL Foods Bangunkan QL Innofood Park Dengan Pelaburan RM1.3 Bilion

BAGAN DATUK, 25 Jan (Bernama) -- Syarikat pengeluar produk makanan agro QL Foods Sdn Bhd (QL Foods) membangunkan taman industri makanan, QL Innofood Park di Hutan Melintang di sini dengan pelaburan strategik sebanyak RM1.3 bilion.

Bioeconomy Corporation Sasar Perolehan RM2.2 Bilion Pada 2026

PUTRAJAYA, 7 Jan (Bernama) -- Bioeconomy Corporation menyasarkan untuk menjana perolehan sekurang-kurangnya RM2.2 bilion daripada syarikat di bawah program Status BioNexus dan Pemecut Berasaskan Bio (BBA) pada 2026, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak.

Dasar Komprehensif Mampu Perkasa Ekonomi Labuan - Ahli Ekonomi

LABUAN, 24 Dis (Bernama) -- Satu rangka kerja dasar yang komprehensif dan berpandangan jauh perlu diwujudkan bagi membangunkan semula ekonomi Labuan dengan memanfaatkan sepenuhnya lokasinya yang strategik, status Wilayah Persekutuannya dan ekosistem kewangan luar pesisirnya yang mantap.

Sabah Perlu Bangun Industri Perikanan Laut Dalam Berdasarkan Rantaian Nilai - Arthur

KOTA KINABALU, 15 Dis (Bernama) -- Sabah perlu membangunkan industri perikanan laut dalam secara menyeluruh berdasarkan rantaian nilai merangkumi infrastruktur pendaratan, kemudahan pemprosesan berteknologi tinggi, sistem logistik sejuk serta akses pasaran eksport.

Belanjawan 2026 Sarawak Lulus RM326 Juta Untuk Sektor Pertanian

KUCHING, 2 Dis (Bernama) -- Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak telah menerima peruntukan sebanyak RM326 juta di bawah Belanjawan Negeri 2026, kata Menterinya Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.

Malaysia Majukan Penyelidikan Nutrisi Minyak Sawit Menerusi MPOB - Johari

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Malaysia mengukuhkan kedudukannya dalam penyelidikan nutrisi berasaskan sains melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang sedang menjalankan kajian menilai nilai nutrisi, komponen bioaktif dan kesan kesihatan daripada penggunaan minyak sawit.

Malaysia-China Meterai Protokol Baharu Eksport EBN

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Pemeteraian protokol baharu bagi eksport Sarang Burung Boleh Dimakan (EBN) antara Malaysia dan China hari ini mengukuhkan lagi hubungan perdagangan pertanian antara kedua-dua negara.

Maybank Sedia Pembiayaan, Pelaburan RM15 Bilion Di JS-SEZ

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) menyediakan lebih RM15 bilion di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang merangkumi kira-kira RM10 bilion pembiayaan diluluskan dan sehingga RM5.35 bilion menerusi minat pelaburan melalui surat hasrat (LOI) daripada pelanggan.

F&N Rancang Perluas Rangkaian Produk Selain Susu Segar

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) merancang untuk memperluas rangkaian produknya kepada mentega, krim dan yogurt, dengan melihat segmen itu sebagai peluang tambahan selain susu segar, bergantung kepada kejayaan projek F&N AgriValley.