Terdapat 7 berita berdasarkan kata kunci carian " ketegangan dagangan"

Bursa Malaysia Terjejas Seiring Prestasi Serantau Ekoran Ketegangan Dagangan AS-China

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 13 Okt  (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini seiring prestasi suram bursa serantau berikutan sentimen pasaran terjejas akibat ketegangan perdagangan baharu antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Langkah Fiskal Kerajaan Dijangka Beri Impak Jangka Pendek & Sederhana - Bank Islam

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Langkah fiskal yang diumum kerajaan baru-baru ini dijangka memberi kesan jangka pendek dan sederhana terhadap ekonomi negara khususnya dari segi penggunaan swasta, inflasi dan kedudukan fiskal, menurut Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB). 

Ringgit Dibuka Mengukuh Selepas Ketegangan Dagangan AS-China Reda

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif dan Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Ringgit memulakan sesi urus niaga Rabu dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan ketegangan dagangan AS-China terus mereda, sekali gus menyuntik sentimen positif di pasaran, mengurangkan kebimbangan berlakunya kemelesetan serta merangsang sentimen minat risiko dalam kalangan peniaga dan pelabur, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Cecah Paras Tertinggi Dalam Dua Bulan, Dipacu Pemulihan Sentimen Perdagangan

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkatnya pda Selasa, melonjak 2.32 peratus ke paras tertinggi dalam dua bulan, dipacu oleh sentimen risiko yang kembali pulih berikutan Amerika Syarikat (AS) dan China mengambil keputusan untuk meredakan ketegangan dagangan hujung minggu lepas.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Ketegangan Dagangan Global

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini susulan ketegangan perdagangan global yang berterusan di antara Amerika Syarikat (AS) dengan rakan dagangan utamanya.

Ringgit Teruskan Aliran Mengukuh Didorong Perang Dagangan AS-China Yang Mereda

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Ringgit meneruskan aliran pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Isnin, dipacu oleh ketegangan dagangan AS-China mereda serta kelemahan data ekonomi Washington yang menekan dolar.

Bursa Malaysia Catat Dagangan Turun Naik Pada Sesi Awal, Sentimen Positif

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia menyaksikan dagangan turun naik pada sesi awal Rabu dengan indeks petunjuk utama pasaran itu mencatat pergerakan dalam wilayah untung dan rugi.