BERITA TERKINI   PM Anwar ucap tahniah kepada pasukan negara atas kejayaan muncul juara acara kuadran Piala Dunia Sepak Takraw 2026 | 

Terdapat 9 berita berdasarkan kata kunci carian " ketegangan global"

Niaga Hadapan Emas Terus Naik Susulan Dolar AS Yang Lemah, Hasil Perbendaharaan AS Susut

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan kenaikan, ditutup lebih tinggi pada Khamis, apabila sentimen pasaran mengukuh susulan penurunan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan dolar AS yang lebih lemah. 

Petronas Percepat Tempoh Perancangan Kebersediaan Kepada 45 Hari Susulan Risiko Bekalan Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah bertindak mempercepat tempoh perancangan kebersediaan hilirannya kepada 45 hari berbanding tiga bulan sebelum ini sebagai langkah menghadapi ketidaktentuan bekalan tenaga global.

Ekonomi Malaysia Kekal Berdaya Tahan Meskipun Berdepan Ketidaktentuan Global – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan meskipun berdepan ketidaktentuan global yang semakin meningkat, dengan kerajaan memperluaskan langkah-langkah "Pelan B" untuk memastikan kestabilan dan pertumbuhan berterusan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringgit Ditutup Rendah Berikutan Konflik Timur Tengah Kukuhkan Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Ringgit kekal dalam julat kecil dan ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan ketegangan yang meningkat di Timur Tengah memberi kesan kepada sentimen pasaran dan menyokong dolar AS.

Emas Bersinar Sebagai Aset Selamat Ketika Ketidaktentuan Dunia - MGA

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Permintaan global terhadap jongkong emas sebagai pelaburan selamat semakin meningkat, khususnya dalam kalangan bank pusat dan individu bernilai bersih tinggi (HNWI), menurut Persatuan Emas Malaysia (MGA).

Niaga Hadapan Emas Melemah Selepas Ketegangan Geopolitik Mengendur

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif melemah hari ini selepas kebimbangan mengenai geopolitik mereda dan pelabur mengalihkan tumpuan mereka ke arah peralihan dinamik monetari.

Sektor Maritim Tidak Kalis Perang Tarif, Syarikat Kecil Terjejas

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Sektor maritim Malaysia termasuk pelabuhan, tidak kalis terhadap impak dari perang tarif, yang berpotensi menjejaskan banyak syarikat kecil jika kos kargo perkapalan melonjak.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Jualan Saham Wajaran Tinggi Terpilih

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan penjualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diteraju oleh sektor perkhidmatan kewangan dan utiliti ketika bursa serantau mencatat prestasi bercampur-campur.

Anwar Akan Teraju ASEAN Harungi Cabaran Kritikal Serantau, Global Pada 2025

VIENTIANE, 12 Okt  (Bernama) - Sidang kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 yang baru sahaja menutup tirainya merupakan penampilan berjaya bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggesa negara anggota agar bukan sahaja meningkatkan kemakmuran menerusi inisiatif baharu tetapi juga agar pihak-pihak berkonflik meneruskan diplomasi untuk mencapai keamanan di rantau ini.