Hans Wijayasuria Letak Jawatan, Bakal Jadi Ketua Penasihat Kepada Presiden Sri Lanka
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Telekomunikasi dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Axiata Group Bhd Dr Hans Wijayasuriya akan melepaskan jawatannya di syarikat itu pada 15 Jan, 2025 setelah menerima jemputan untuk menjadi ketua penasihat kepada Presiden Sri Lanka.