MNRB Laksana Komitmen Gaji Kehidupan Wajar Nasional
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd mengumumkan pelaksanaan Komitmen Gaji Kehidupan Wajar seiring dengan usaha Malaysia untuk mempromosikan gaji yang wajar dan mencukupi sambil memperkukuh falsafah kumpulan itu iaitu rakyat didahulukan.