Malaysia Airports Perkukuh Akses China Ke KLIA, Tawau Sokong Tahun Melawat Malaysia 2026
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Malaysia Airports terus memperluas akses udara antarabangsa menerusi perkhidmatan penerbangan baharu yang menghubungkan bandar-bandar utama di China ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Tawau, selaras dengan usaha menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).