Terdapat 4 berita berdasarkan kata kunci carian " mahesh kumar"

Asia Digital Engineering Sasar Pasaran AS - CEO Mahesh

SEPANG, 4 Dis (Bernama) -- Asia Digital Engineering (ADE) menyasar untuk mengembangkan jejak antarabangsa dengan rancangan memberi perkhidmatan kepada syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh terdekat, sementara menunggu kelulusan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).

Asia Digital Engineering Di Posisi Baik Untuk Penyenaraian, Dipacu Kewangan Kukuh & Pertumbuhan Strategik

SEPANG, 2 Dis (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat, Asia Digital Engineering Sdn Bhd (ADE) bersedia mencatatkan perolehan yang jauh lebih tinggi tahun depan sekali gus berada pada kedudukan kewangan yang baik, untuk disenaraikan lebih awal di Bursa Malaysia.

ADE Bakal Jadi Perniagaan Pertama Capital A Disenaraikan Di Bursa Malaysia - Tony

SEPANG, 26 Sept (Bernama) -- Asia Digital Engineering (ADE), anak syarikat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) bakal menjadi unit perniagaan pertama Capital A Bhd yang disenaraikan di Bursa Malaysia, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tan Sri Tony Fernandes.

Capital A, PT Garuda Indonesia Labur US$12 Juta Jalin Kerjasama Dalam MRO Peralatan Pendaratan

Daripada Soraya Jamal

BALI, 18 Sept (Bernama) --  Anak syarikat Capital A Bhd, Asia Digital Engineering Sdn Bhd (ADE) dan PT Garuda Maintenance Facility Aero Asia Tbk (GMF) memeterai kerjasama strategik bagi perniagaan penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) peralatan pendaratan baharu dengan gabungan pelaburan berjumlah US$12 juta (US$1 = RM4.25).