BERITA TERKINI   Aktivis Arun Dorasamy sahkan beliau akan didakwa di Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang esok di bawah Akta Hasutan | Krisis Asia Barat: Perang cetuskan gangguan besar dalam pasaran tenaga global - PM Anwar | Undang-undang antarabangsa perlu dilaksanakan sama rata, penguatkuasaan secara terpilih akan menghakis kepercayaan terhadap sistem global - PM Anwar | Zamri Vinoth akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur esok - Peguam | Petronas dibenar rujuk persoalan undang-undang bagi kejelasan kerangka peraturan terpakai bagi operasi petroleum di Sarawak | 

Terdapat 2510 berita berdasarkan kata kunci carian " mam"

TNB, TM Jalin Kerjasama Dalam Tenaga Hijau Dan Infrastruktur Digital

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Telekom Malaysia Bhd (TM) menjalin kerjasama strategik untuk memperkukuh kerjasama dalam penyelesaian tenaga hijau dan membangunkan infrastruktur tenaga dan telekomunikasi yang lebih pintar, mampan dan saling berhubung di seluruh negara.

BNM Dijangka Nilai Kesan Kejutan Minyak Sebelum Naikkan Kadar Faedah Kekang Inflasi

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Penggubal dasar berkemungkinan menilai keadaan terlebih dahulu sebelum menaikkan kadar faedah bagi mengekang inflasi yang berpunca daripada kesan konflik di Asia Barat serta lonjakan harga minyak, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Sunway Labur RM23 Juta Bagi Naik Taraf SJK (C) Cheah Fah Di Johor

ISKANDAR PUTERI, 14 Mac (Bernama) -- Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Cheah Fah melancarkan fasa kedua pengembangannya, susulan sumbangan RM23 juta daripada Kumpulan Sunway (Sunway), bagi menampung peningkatan pendaftaran pelajar seiring dengan pembangunan di koridor selatan Johor. 

Penyelarasan Harga Minyak Bantu Atasi Kenaikan Mendadak, Jamin Bekalan Berterusan - BHPetrol

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Pelaksanaan penyelarasan harga melalui Mekanisme Harga Automatik (APM) dilihat sebagai instrumen kritikal dalam menghadapi turun naik harga minyak dunia bagi menjamin kelangsungan bekalan bahan api negara.

Konflik Asia Barat Tingkat Risiko Keselamatan, Tenaga, Kestabilan Serantau - Menteri Ekonomi ASEAN

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Ketegangan berterusan di Asia Barat akan memberi kesan kepada kestabilan dan keselamatan ekonomi, kehidupan jutaan penduduk di rantau ini, dan menghalang kemajuan ekonomi dalam ASEAN, menurut kenyataan bersama Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN. 

Keuntungan Bersih Suku Kedua Scientex Melonjak Kepada RM135.18 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Scientex Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM135.18 juta pada suku kedua berakhir 31 Jan 2026 berbanding RM123.95 juta pada suku yang sama tahun kewangan 2025.

Kerajaan Utamakan Kestabilan Ekonomi, Kawal Kos Sara Hidup Rakyat - Menteri Ekonomi

PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan memberi keutamaan kepada usaha mengekalkan kestabilan ekonomi, mengawal kesan terhadap kos sara hidup serta memastikan ekonomi domestik terus berfungsi dengan baik susulan cabaran geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global.

Pelan Transformasi Ekonomi Johor Tumpu Kekuatan Setiap Daerah Untuk Pacu Ekonomi Johor

JOHOR BAHRU, 12 Mac (Bernama) -- Limpahan pembangunan ekonomi di Johor akan terus dirasai secara menyeluruh di kesemua 10 daerah di negeri ini menerusi pelaksanaan Pelan Transformasi Ekonomi Johor (JETP), kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Pelan Induk Pasaran Modal Tepat Pada Masanya Wujudkan Pasaran Lebih Dinamik-- Ahli Ekonomi

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Pelan Induk Pasaran Modal (CMP) 2026-2030 yang dilancarkan pada Isnin merupakan rangka tindakan yang positif dan tepat pada masanya yang bertujuan mempertingkatkan pasaran modal Malaysia, kata ahli ekonomi.

Hong Leong Islamic Bank Dijenamakan Semula Sebagai HLB Islamic, Sasar Pertumbuhan Kukuh Pembiayaan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Hong Leong Islamic Bank Bhd kini dikenali sebagai HLB Islamic susulan penjenamaan semula, dengan sasaran untuk mengekalkan pertumbuhan pembiayaan melebihi purata industri dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Computility Technology, BGMC Energy, Renikola Jalin Kerjasama Tenaga Hijau

ISKANDAR PUTERI, 11 Mac (Bernama) -- Tiga pihak iaitu Computility Technology (Malaysia) Sdn Bhd (CTDC), BGMC Energy Holdings Sdn Bhd (BGMC) dan reNIKOLA Holdings Sdn Bhd memeterai dokumen kertas terma strategik bagi membentuk pakatan tenaga hijau bagi pembekalan kira-kira 630,000 megawatt jam (MWh) tenaga boleh baharu (TBB) setahun.

Pulau Pinang Catat Pelaburan Pembuatan Diluluskan RM22.4 Bilion Pada 2025

GEORGE TOWN, 10 Mac (Bernama) -- Pulau Pinang mencatatkan RM22.4 bilion dalam pelaburan pembuatan yang diluluskan pada 2025, naik 29 peratus daripada 2024, mengukuhkan kedudukan negeri itu sebagai hab perindustrian utama walaupun berlaku ketidaktentuan ekonomi global.