Terdapat 10 berita berdasarkan kata kunci carian " mandat b50"

Harga MSM Dijangka Terus Meningkat Susulan Mandat Biodiesel, Harga Minyak Tinggi - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka terus meningkat, disokong oleh pelaksanaan mandat biodiesel, harga minyak lebih tinggi serta risiko bekalan yang dikaitkan dengan faktor cuaca, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Harga Kukuh Minyak Mentah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu, terutamanya berikutan harga minyak mentah yang lebih kukuh.

Harga MSM Dijangka Pada Purata RM4,100-RM4,200 Satu Tan Pada 2026

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) diunjurkan pada purata RM4,100 hingga RM4,200 satu tan pada 2026, disokong oleh harga minyak mentah yang tinggi yang dapat meningkatkan daya saing ekonomi biodiesel dan menyokong potensi pelaksanaan mandat B50 Indonesia.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Antara RM3,800-RM4,000 Satu Tan Hingga Julai 2026 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) dijangka diniagakan antara RM3,800 hingga RM4,000 satu tan bagi tempoh Januari hingga Julai 2026, kata seorang pakar industri.

HLIB Kekalkan Unjuran Harga MSM 2026 Pada RM4,200 Satu Tan

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) mengekalkan unjuran harga minyak sawit mentah (MSM) sebanyak RM4,200 satu tan metrik (mt) dan pendapatan untuk 2026 pada masa ini, menunggu semakan semula selepas langkah terkini Indonesia menangguhkan pelaksanaan mandat B50.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Menjejaki Kelempaban Soya Di CBOT

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki kelembapan dalam pasaran minyak kacang soya Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), menurut seorang peniaga.

Harga MSM Terhad Kerana Simpanan Stok, Kata CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan simpanan stok yang meningkat akan terus mengehadkan harga minyak sawit mentah (MSM).

Stok Minyak Sawit Bagi Disember Dijangka Meningkat 3.0 Peratus Kepada 2.93 Juta Tan

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Stok minyak sawit Malaysia diunjur meningkat 3.0 peratus bulan ke bulan kepada 2.93 juta tan pada Disember 2025, ketika kenaikan sederhana eksport pada 2.0 peratus bulan ke bulan adalah tidak memadai bagi mengimbangi unjuran pengeluaran, kata CIMB Securities Sdn Bhd.

Harga Minyak Sawit Dijangka Kekal Melebihi RM4,400 Setan Hingga Akhir Tahun - MPOC

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menjangkakan harga minyak sawit kekal stabil melebihi RM4,400 setan menjelang akhir 2025, di tengah-tengah harga minyak mentah yang lemah dan inventori minyak sayuran yang tinggi di pasaran pengguna utama seperti China dan India.

Niaga Hadapan MSM Susut Selepas Pengambilan Untung

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini selepas terjejas oleh pengambilan keuntungan berikutan saranan dari kumpulan perindustrian Indonesia agar mandat biodiesel B50 ditangguhkan.