Terdapat 39 berita berdasarkan kata kunci carian " manufacturing"

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan selama lima hari pada Selasa, memulihkan sebahagian kerugian semalam, didorong oleh kenaikan saham perbankan berwajaran tinggi, minyak dan gas serta minat belian semula saham runcit terpilih walaupun prestasi pasaran serantau merosot.

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia tidak banyak berubah pada sesi dagangan awal pada Jumaat, mencatatkan penurunan daripada kenaikan ketika pembukaan dan mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lemah.

SCIB Batalkan Kemudahan Pembiayaan MIDF Susulan Pelupusan Bahagian Pembuatan

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) hari ini mengumumkan bahawa anak syarikat tidak langsung milik penuhnya, SCIB Concrete Manufacturing Sdn Bhd (SCM) mengeluarkan notis pembatalan kepada Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF).

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis apabila pelabur mengambil untung susulan kenaikan sebelum ini serta menilai kesan keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) untuk mengekalkan kadar faedah.

Bursa Malaysia Lebih Tinggi Pada Tengah Hari Susulan Pengukuhan Ringgit

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri dagangan sesi pagi, mengatasi pasaran serantau susulan ringgit yang lebih kukuh.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, seiring dengan prestasi Wall Street yang lemah pada akhir minggu lepas.

Aktiviti Pembelian Saham Murah Dorong Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan bulan terakhir tahun ini dengan kedudukan lebih kukuh apabila indeks utama naik 1.25 peratus ketika ditutup Isnin, didorong oleh aktiviti pemburuan saham murah yang kembali aktif dan pengimbangan semula portfolio hujung tahun oleh pelabur institusi.

Maybank Sedia Pembiayaan, Pelaburan RM15 Bilion Di JS-SEZ

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) menyediakan lebih RM15 bilion di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang merangkumi kira-kira RM10 bilion pembiayaan diluluskan dan sehingga RM5.35 bilion menerusi minat pelaburan melalui surat hasrat (LOI) daripada pelanggan.

Tiga Syarikat Malaysia Rangkul Anugerah SME Venture@ASEAN 2025 Buat Julung Kali

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Tiga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia menerima Anugerah SME Venture@ASEAN 2025 yang julung kali diadakan sebagai mengiktiraf pencapaian cemerlang mereka dalam prestasi perniagaan, inovasi dan daya saing eksport.

SAIC Motor Rancang Mulakan Pemasangan Tempatan Kenderaan MG Pada 2026

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- SAIC Motor Malaysia mengumumkan pelan untuk memulakan pemasangan tempatan bagi kenderaan jenama MG pada separuh pertama 2026.

Bursa Malaysia Merosot Selepas Catat Kenaikan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh pasaran serantau yang kukuh tetapi kemudian merosot berikutan aktiviti pengambilan untung yang sederhana menjejaskan saham wajaran tinggi terpilih, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Rendah Selepas Kenaikan Awal Didorong Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi, disokong oleh kenaikan semalaman di Wall Street tetapi beralih kepada rendah kemudiannya berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham mewah terpilih dan saham permodalan kecil, kata penganalisis.