Malaysia Kemudi ASEAN Tangkas Tangani Peralihan Perdagangan Global -- Liew Chin Tong
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Malaysia mengambil tindakan pantas dan melibat urus dengan negara anggota ASEAN lain untuk merangka apa yang perlu dilakukan rantau itu susulan perubahan mendadak dalam sentimen perdagangan global tahun ini, terutamanya berkaitan tarif baharu Amerika Syarikat (AS).