MRANTI Park Pacu Inovasi Berkaitan Penyelidikan Dan Industri
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Pemecut Penyelidikan Malaysia untuk Teknologi dan Inovasi (MRANTI) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang memajukan pendekatan berasaskan misi menghubungkan penyelidikan, pembangunan teknologi dan penggunaan industri menerusi MRANTI Park.