Mesyuarat MTN Bincang Strategi Mampan Pelan Hala Tuju Gas Asli -- PM Anwar
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Mesyuarat Majlis Tenaga Negara (MTN) Bilangan 2 Tahun 2025 hari ini membincangkan dan bersetuju dengan strategi mampan yang digariskan di bawah Pelan Hala Tuju Gas Asli (NGR), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.