Seramai 220 Usahawan Felda Akan Sertai Karnival Mega 3 Dimensi
KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Seramai 220 usahawan dari kalangan warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan menyertai Karnival Mega 3 Dimensi (MK3D) yang akan berlangsung pada 30 Julai hingga 3 Ogos ini di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.