MWE 2025 Jana Jualan Eksport RM177.56 Juta Melalui Kerjasama MATRADE–MTC
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), dengan kerjasama Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC), meraih eksport bernilai RM177.56 juta melalui program penyumberan antarabangsa yang diadakan sempena Ekspo Kayu Malaysia (MWE) 2025.