FitsAir Akan Tambah Penerbangan Ke Malaysia Empat Kali Seminggu Menjelang Akhir Mac
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Syarikat penerbangan tambang rendah Sri Lanka dan syarikat penerbangan antarabangsa milik persendirian pertama, FitsAir merancang untuk meningkatkan kekerapan penerbangan mingguannya ke Malaysia kepada empat kali seminggu daripada tiga kali seminggu menjelang akhir Mac tahun ini.