MFPC Gesa Pemegang Polisi Kekalkan Perlindungan Dalam Keadaan Pelarasan Premium MHIT
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC) menggesa pemegang polisi insurans yang terkesan supaya tidak menamatkan polisi masing-masing susulan pelarasan premium selepas Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan langkah sementara untuk mengawal premium insurans/takaful perubatan dan kesihatan (MHIT).