Keputusan Mahkamah Rayuan AS Tarif Trump Tidak Sah Beri Kelegaan Kepada Ekonomi Global
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Keputusan mahkamah rayuan Amerika Syarikat (AS) yang mengisytiharkan kebanyakan tarif Presiden Donald Trump sebagai tidak sah boleh memberi kelegaan kepada ekonomi global dengan mengurangkan tekanan kos kepada perniagaan dan memulihkan permintaan.