Terdapat 390 berita berdasarkan kata kunci carian " ogos 2025"

Inflasi Malaysia Dijangka Kekal Rendah, Stabil - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Inflasi Malaysia dijangka kekal rendah dan stabil di masa depan walaupun perluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berkemungkinan mendorong kenaikan yang sederhana, demikian menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

2025 Menyaksikan Kemajuan Dalam Projek-Projek Rel Malaysia

Oleh Abdul Hamid A Rahman

 KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Pembangunan rel Malaysia mencatatkan kemajuan yang ketara sepanjang 2025, ditandai dengan pencapaian utama dalam projek mega negara, cita-cita rentas sempadan yang diperbaharui dan perancangan yang lebih hebat untuk ketersambungan pengangkutan jangka panjang.

RUU Pekerja Gig Malaysia 2025 Capai Penanda Aras Baharu, Lindungi 1.2 Juta Pekerja

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Ekonomi gig Malaysia mencatatkan prestasi yang lebih baik pada 2025 berbanding 2024, dipacu oleh momentum ekonomi yang positif dan pendekatan dasar yang menyokong, namun kemuncaknya tidak dapat dinafikan lagi iaitu kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025.

Pelaksanaan Dwirangkaian 5G Antara Pencapaian Utama Industri Telekomunikasi 2025

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) --  Industri telekomunikasi mencatat prestasi yang berdaya tahan pada 2025 walaupun beroperasi dalam persekitaran mendatar -- paparan pasaran matang yang konsisten dengan trend global.

DRB-Hicom Bercadang Beli Spirit My Berharga US$110.62 Juta

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- DRB-Hicom Bhd bercadang membeli keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Spirit Aerosystems Malaysia Sdn Bhd (Spirit MY) berharga US$110.62 juta (US$1=RM4.1115), meningkat daripada anggaran nilai perusahaan sebelumnya sebanyak US$95.2 juta.

Strategi Tawan Pelbagai Pasaran Mangkin Kejayaan Rekod Eksport Malaysia -- Ahli Ekonomi

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Kejayaan Malaysia mencatat pertumbuhan eksport yang melonjak 15.7 peratus tahun ke tahun kepada RM148.32 bilion dan tertinggi pernah diraih, hanya membuktikan keberkesanan strategi lindung nilai geoekonomi negara, kata Pengarah, Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan.

Risiko Hutang Negara Kekal Terkawal, Disokong Profil Tempoh Matang, Mata Wang Baik - MOF

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Risiko hutang luar negara secara keseluruhan kekal terkawal, disokong oleh profil tempoh matang dan profil mata wang yang baik, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Pengeluaran Getah Asli Susut 14.8 Peratus Pada September 2025 -- DOSM

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pengeluaran getah asli susut sebanyak 14.8 peratus kepada 26,647 tan pada September 2025 daripada 31,285 tan pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Jualan Sektor Pembuatan Naik 3.5 Peratus Kepada Rm500.1 Bilion Pada Suku Ketiga 2025

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) — Jualan sektor pembuatan mencecah RM500.1 bilion pada suku ketiga 2025, menunjukkan pertumbuhan 3.5 peratus (S2 2025: 3.4 peratus), menurut Perangkaan Pembuatan Bulanan, Malaysia bagi September 2025  

Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia Berkembang 5.7 Peratus Pada Sept 2025 — DOSM

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) — Indeks pengeluaran perindustrian (IPP) Malaysia merekodkan pertumbuhan 5.7 peratus pada September 2025 selepas mencatatkan pertumbuhan 4.8 peratus pada bulan sebelumnya, dipacu sektor pembuatan dan perlombongan, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pinjaman Negara Hanya Untuk Pembangunan, Bukan Perbelanjaan Operasi – Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kerajaan tidak pernah meminjam untuk menampung perbelanjaan operasi semasa, sebaliknya, setiap pinjaman dibuat bagi tujuan membangunkan masa depan negara seperti membina prasarana, memperkukuh daya saing dan menyediakan peluang saksama untuk rakyat.

Industri Takaful Catat Aset RM62.54 Bilion Sejak 2020 Hingga Pertengahan 2025 - MTA

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Industri takaful Malaysia mencatatkan aset sebanyak RM62.54 bilion sehingga pertengahan 2025, dengan peningkatan hampir dua kali ganda berbanding RM41.87 bilion pada 2020.