Terdapat 43 berita berdasarkan kata kunci carian " pembayar cukai"

Malaysia Laksana Fasa Keempat E-invois, Perkasa Sistem Cukai, Ringan Beban Pematuhan PKS

KUALA LUMPUR, 1 Jan (Bernama) -- Malaysia memulakan fasa keempat pelaksanaan invois elektronik (e-invois) hari ini, menandakan satu lagi usaha kerajaan bagi memperkukuhkan pentadbiran cukai, selain meringankan beban pematuhan terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS). 

LHDN Selesai Proses Bayaran Balik Cukai Berjumlah RM17 Bilion

CYBERJAYA, 19 Dis (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memproses bayaran balik cukai berjumlah RM17 bilion melibatkan 3.53 juta kes bagi tempoh 1 Januari hingga 18 Disember lepas.

Dewan Negara Lulus RUU Langkah Pemungutan Cukai 2025

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2025 untuk memperkukuh sistem percukaian negara. 

Kepercayaan Awam Terhadap Cukai 2025: Asia Dan Sejagat - Malaysia Tertinggi Di Peringkat Global

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Malaysia muncul sebagai negara yang tertinggi di peringkat global dari segi kepercayaan orang ramai berhubung sistem percukaian, disokong oleh tahap keyakinan yang kukuh terhadap profesion perakaunan dan peningkatan berterusan hasil pendigitalan, menurut dapatan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).

LHDN Bayar Balik Lebihan Cukai RM14.55 Bilion Bagi 3.47 Juta Kes Setakat 30 Nov 2025 - Lim

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia telah menyelesaikan proses bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM14.55 bilion melibatkan 3.47 juta bilangan kes setakat 30 November 2025, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Tarif AS, SST Dan e-Invois Jadikan 2025 Tahun Percukaian Lebih Sibuk

Oleh Niam Seet Wei

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Tempoh 2025 akan diingati sebagai “tahun tarif”, dengan pengenaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) yang mengejutkan pasaran di seluruh dunia, malah Malaysia tidak terkecuali.

Kenaikan Nilai Ambang Pengecualian e-Invois Beri Kejelasan Ketara, Legakan PKS - FMM

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Langkah kerajaan menaikkan nilai ambang pengecualian e-Invois daripada RM500,000 kepada RM1 juta akan memberi kejelasan lebih ketara untuk pemilik perniagaan melakukan perancangan selain mengurangkan bebanan pematuhan segera, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

Ambang Pengecualian e-Invois RM1 Juta Kurangkan Kos Pematuhan PMKS -- ACCCIM

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Keputusan kerajaan untuk menaikkan ambang pengecualian e-invois daripada RM500,000 kepada RM1 juta mulai 2026 akan mengurangkan kos pematuhan serta beban pentadbiran bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Dewan Rakyat Lulus Dua RUU Berkaitan Cukai

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) – Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2025 yang merangkumi pindaan ke atas lima akta percukaian, iaitu Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 dan Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967.

735 Juta E-Invois Dikeluarkan Oleh 108,000 Pembayar Cukai Setakat 21 Nov - Lim

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Sebanyak 735 juta e-Invois telah dikeluarkan oleh 108,000 pembayar cukai setakat tempoh 21 November 2025, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Sistem e-Invois LHDN Capai 106,000 Pengguna, Nilai Transaksi Lebih RM675 Juta

PUTRAJAYA, 4 Nov (Bernama) -- Pelaksanaan Sistem e-Invois oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) terus menunjukkan pencapaian memberangsangkan apabila merekodkan lebih 106,000 pembayar cukai dengan transaksi berjumlah lebih RM675 juta, setakat ini.

Bayaran Cukai Berlebihan Tidak Boleh Digunakan Untuk Liabiliti Akan Datang - Lim

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak membenarkan syarikat mengimbangi pembayaran cukai berlebihan terhadap liabiliti cukai masa hadapan, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.