reNIKOLA, Sumitomo Bekerjasama Bagi Projek Biotenaga Di Malaysia Dan Indonesia
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Syarikat tenaga boleh baharu (TBB) reNIKOLA Holdings Sdn Bhd telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan firma Jepun, Sumitomo Corporation bagi bekerjasama membangunkan projek-projek biotenaga berskala besar di Malaysia dan Indonesia.