Penerbangan Malaysia Airlines Berpatah Balik Ke Paris Susulan Anomali Petunjuk Enjin
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Malaysia Airlines mengesahkan penerbangan MH21 yang beroperasi dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris (CDG) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7 Jan telah berpatah balik ke CDG sejurus selepas berlepas sebagai langkah berjaga-jaga susulan anomali petunjuk enjin.