BERITA TERKINI   Lima sekeluarga ditemukan maut dipercayai akibat dibunuh di Kuantan pagi ini - Polis | 

Terdapat 2020 berita berdasarkan kata kunci carian " pengeluar"

MIDA Melalui IMFC Selesai Lebih 44,000 Kes Pelabur Dalam Tempoh Dua Tahun

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) melalui Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia (IMFC) menyelesaikan lebih daripada 44,000 kes pelabur dengan mencapai kadar pelaksanaan projek sebanyak 99.9 peratus dalam tempoh dua tahun.

Jualan Automotif Naik 27 Peratus Kepada 64,298 Unit Pada Januari 2026

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) sektor automotif Malaysia meningkat 27 peratus kepada 64,298 unit pada Januari 2026 daripada 50,449 unit dicatatkan dalam bulan sama pada tahun lepas.

Dagangan Pasaran Getah Dijangka Mendatar Minggu Depan

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Pasaran getah dijangka mendatar dengan kemungkinan meningkat pada minggu depan, disokong oleh pengeluaran lateks lebih rendah berikutan musim daun getah luruh.

Penggunaan SIMS Cecah 95 Peratus Dalam Kalangan Pemegang Lesen MPOB

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Lebih 95 peratus pemegang lesen Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) daripada pelbagai kategori kini aktif menggunakan Sawit Intelligent Management System (SIMS), menurut lembaga itu.

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.2 peratus pada 2025, mengatasi unjuran 4.0 hingga 4.8 peratus, dipacu permintaan domestik yang kukuh serta prestasi eksport yang menggalakkan, kata Bank Negara Malaysia (BNM). 

Hock Soon Capital Mula Disenaraikan Turun Tujuh Sen Di Bawah Harga IPO

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Hock Soon Capital Bhd yang mula disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia mencatatkan penurunan apabila dibuka pada 53 sen, berkurangan tujuh sen daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 60 sen, susulan permintaan pelabur yang lebih rendah daripada jangkaan.

LGM Sasar Pemulihan 4,137 Hektar Ladang Getah Terbiar Tahun Ini - KPK

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Lembaga Getah Malaysia (LGM) menyasarkan pemulihan 4,137 hektar ladang getah terbiar pada 2026 dan seterusnya 2,750 hektar pada 2027 yang melibatkan ladang pekebun kecil serta ladang swasta di seluruh negara melalui Program Konsolidasi Ladang Getah Matang Terbiar.

Petronas Tiada Rancangan Kurangkan Pengeluaran O&G Di Sabah- Azalina

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Petronas tidak merancang untuk mengurangkan pengeluaran minyak dan gas (O&G) di Sabah walaupun O&G sedunia menghadapi cabaran penurunan harga yang mendadak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ringgit Melonjak Cecah 3.89 Berbanding Dolar AS, Hampir Tertinggi Dalam Lapan Tahun

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum peningkatannya apabila melonjak ke paras tertinggi baharu 3.8995 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis yang menghampiri paras tertinggi dalam tempoh lapan tahun.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Khamis, dalam persekitaran harga minyak mentah bercampur-campur, mencerminkan pengukuhan ringgit dan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau yang lemah, kata peniaga.

Polymer Link Sasar Pertumbuhan Di Australia Selepas Buka Kemudahan Gudang Baharu

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Pengeluar serbuk plastik, Polymer Link Holdings Bhd menyasarkan pertumbuhan di Australia susulan penyewaan kemudahan gudang baharu di sana.

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Naik 37.3 Peratus Pada Desember 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 37.3 peratus pada Disember 2025 kepada 28,684 tan berbanding 20,891 tan pada November 2025, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.