Inovasi Kelulut Unison Angkat Malaysia Ke Pentas Utama Ekspo Osaka 2025
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Unison Technology & Manufacturing (M) PLT memperkenalkan sistem sarang modular dan inisiatif latihan untuk memperkukuh industri penternakan lebah kelulut serta meningkatkan kesejahteraan komuniti luar bandar di Malaysia, selaras dengan penyertaan negara dalam Ekspo 2025 Osaka.