Keyfield Meterai MOA Beli Kapal Tunda Pemasangan Kabel Bernilai US$20.55 Juta
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Keyfield International Bhd, Keyfield Ventures (Labuan) Ltd (KVL) memeterai memorandum perjanjian (MoA) dengan syarikat China, Taizhou Sanfu Ship Engineering Co Ltd untuk membeli kapal tunda pemasangan kabel baharu sepanjang 98 meter.