Perjanjian ART Malaysia-AS Belum Dikuatkuasakan - PM Anwar
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) yang dimeterai pada 26 Oktober, 2025 semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 masih belum dikuatkuasakan berikutan kerajaan masih dalam peringkat perundingan dan mahukan jaminan bertulis yang jelas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.