Terdapat 50 berita berdasarkan kata kunci carian " pusat beli-belah"

Richmond Asia Group Lantik Frasers Hospitality Pengurus Hotel Richmond Mayor Di JB

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Richmond Asia Group Sdn Bhd melantik Frasers Hospitality sebagai syarikat pengurusan hotel bagi suite hotel di Richmond Mayor, sebuah pembangunan bercampur baharu dan bersepadu di Johor Bahru.

Richmond Asia Group Sasar Kembangkan Portfolio 20 Hotel Di Malaysia Menjelang 2033

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Richmond Asia Group merancang untuk mengembangkan portfolio hospitalitinya di Malaysia bagi merangkumi sehingga 20 hotel dalam tempoh lapan tahun lagi.

Aset Di Lokasi Strategik Pacu Pasaran Hartanah Lembah Klang Pada 2026 -- CBRE WTW

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Prestasi pasaran hartanah Lembah Klang tahun ini akan dipacu terutamanya oleh aset berkualiti tinggi yang terletak di lokasi strategik selain memenuhi keperluan perubahan kerja, beli-belah dan perjalanan, menurut CBRE WTW Valuation and Advisory Sdn Bhd.

Industri MICE Raih Anggaran Impak Ekonomi RM1 Bilion Pada 2025

GEORGE TOWN, 4 Jan (Bernama) -- Industri penganjuran acara perniagaan atau Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE) di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1 bilion pada tahun lepas.

PKNS FMI Terbit Laporan Kemampanan, ESG Pertama papar Prestasi Dan Inisiatif 

Oleh Nadia Jumri

SHAH ALAM, 23 Dis (Bernama) -- PKNS FM Integrated Sdn Bhd (PKNS FMI) menerbitkan Laporan Kemampanan serta Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) pertama yang memaparkan prestasi serta inisiatif berkaitan kemampanan syarikat bagi tempoh 1 Jan, 2024 hingga 30 Mei, 2025.

Habib Perluas Kehadiran Jenama, Buka Bilik Pameran Ke-37 Di Perlis

KANGAR, 20 Dis (Bernama) -- Kumpulan HABIB mengorak langkah melengkapkan lagi kehadiran jenama barangan kemasnya di seluruh negara dengan pembukaan bilik pameran yang ke-37 di Perlis, kata Pengerusi Eksekutif Kumpulannya Datuk Seri Meer Habib.

China Market Lancar Pusat Beli-belah Digital Di Malaysia Selaku Hab ASEAN

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- China Market memilih Malaysia sebagai habnya di ASEAN, sekali gus membuka peluang kepada produk perindustrian China menembusi pasaran Asia Tenggara.

Sunway Square Mall Dibuka, Gabungkan Peruncitan, Seni Dan Gaya Hidup Komuniti

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Pusat beli-belah Sunway Square Mall beroperasi secara rasmi hari ini, sekali gus menandakan pembukaan hab komuniti mesra haiwan peliharaan empat tingkat seluas 320,000 kaki persegi di Sunway City Kuala Lumpur.

U Mobile Sedia Kemudahan Rangkaian 5G Generasi Seterusnya Di 20 Hartanah IGB

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- U Mobile akan melaksanakan perkhidmatan rangkaian 5G generasi seterusnya di 20 hartanah IGB Bhd (IGB) di negara ini, sekali gus menjadikannya kerjasama liputan 5G terbesar dalam bangunan (IBC), setakat ini.

Seremban Sentral Dijangka Jana Perolehan Perniagaan RM300 Juta Setahun

SEREMBAN, 6 Dis (Bernama) -- Pembangunan berorientasi transit, Seremban Sentral, dijangka menjana perolehan perniagaan bernilai RM300 juta setahun dan mencipta kira-kira 2,500 peluang pekerjaan baharu pelbagai bidang sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi Negeri Sembilan menjadi hab bandar moden dan berdaya saing.

Sunway Malls Bawakan Kegembiraan Kepada Keluarga Dengan ‘Cozy Cozy Christmas’ Dan Inisiatif Amal

PETALING JAYA, 25 Nov (Bernama) -- Sunway Malls melancarkan kempen akhir tahun bertemakan Cozy Cozy Christmas, yang menampilkan pemasangan hiasan imersif, bengkel kreatif dan aktiviti berfokuskan komuniti di semua pusat beli-belah mereka di seluruh negara.

Projek Ipoh Sentral Bakal Tawar Lebih 20,000 Peluang Pekerjaan

BATU GAJAH, 6 Nov (Bernama) -- Lebih 20,000 peluang pekerjaan bakal diwujudkan melalui projek pembangunan Ipoh Sentral yang dijangka menjadi pemangkin utama pertumbuhan ekonomi Perak dalam tempoh beberapa tahun akan datang.