Terdapat 10 berita berdasarkan kata kunci carian " regasifikasi"

Propel Global Meterai MOU Dengan Sabah Energy, Reservoir Link Bangunkan Loji Jana Kuasa Gas Modular

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Propel Global Bhd memeterai memorandum persefahaman (MOU) bersama Sabah Energy Corporation Sdn Bhd dan Reservoir Link Energy Bhd bagi meneroka pembangunan loji jana kuasa gas modular di Sabah.

Petronas Mahu Kekalkan Pengeluaran Domestik Dua Juta Tong Minyak Sehari Dalam Tiga Tahun Akan Datang

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mahu mengekalkan pengeluaran domestik kira-kira dua juta tong setara minyak sehari (MMboe/d) dalam tempoh tiga tahun akan datang melalui pelaburan berterusan dalam penerokaan, pembangunan laut dalam dan pemulihan minyak yang dipertingkatkan.

KIS Group, Shell Meterai Perjanjian Pembekalan Gas Asli Cecair Bio

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Knowledge Integration Services (KIS Group) memeterai perjanjian dengan Shell Eastern Trading (Pte) Ltd bagi membekalkan gas asli cecair bio (Bio-LNG) kepada Shell bermula 2027 bagi proses regasifikasi dan pengedaran pelanggan di Singapura.

Petronas Jadikan Gas Sebagai Teras Dalam Peralihan Tenaga Asia

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang mempertingkat transformasinya di bawah inisiatif Petronas 2.0, membentuk semula syarikat untuk mendepani dekad akan datang dan seterusnya. 

Malaysia Nilai Teknologi Tenaga, Pengurusan Sisa Dalam Mesyuarat Dua Hala Di EMM APEC Ke-15

Daripada Harizah Hanim Mohamed

BUSAN, 28 Ogos (Bernama) -- Mesyuarat dua hala Malaysia dengan beberapa anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga (EMM) APEC ke-15 membuahkan hasil di samping saling bertukar maklumat dan meneroka kerjasama masa depan dalam pelbagai bidang tenaga.

Petronas Gas Catat Untung Bersih Suku Pertama Lebih Tinggi, Umum Dividen 16 Sen

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Petronas Gas Bhd mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya pada suku pertama 2025 (S1 2025) kepada RM468.80 juta daripada RM456.65 juta pada tahun sebelumnya.

Pelan Hala Tuju Gas Negara Dalam Proses Akhir Untuk Dimuktamadkan - Rafizi

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Kementerian Ekonomi dalam proses akhir untuk memuktamadkan Pelan Hala Tuju Gas Negara yang akan dilancarkan tahun ini, kata menterinya Datuk Seri Rafizi Ramli.

Tarif Regasifikasi Dan Pengangkutan Yang Rendah Tingkat Daya Saing Pemain Gas

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd berkata tarif yang dikurangkan untuk pengangkutan dan regasifikasi dapat meningkatkan daya saing pemain gas, melonjakkan pendapatan eksport dan merangsang aktiviti ekonomi sepanjang tahun. 

Unit Petronas Pantau Pengeluaran Minyak Dan Gas Yang Rendah Di Semenanjung

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Petronas Energy & Gas Trading (PEGT) sedang memantau pengeluaran minyak dan gas yang rendah di Semenanjung Malaysia serta secara proaktif berkolaborasi dengan pihak berkepentingan untuk memastikan bekalan gas yang berterusan dan stabil di negara ini. 

Kementerian Ekonomi Akan Lancar Pelan Hala Tuju Gas Asli Pada Tahun Ini - Rafizi

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Kementerian Ekonomi akan melancarkan Pelan Hala Tuju Gas Asli pada suku kedua atau ketiga 2025 dalam usaha meningkatkan pelaburan dalam sektor berkenaan, kata Menterinya Datuk Seri Rafizi Ramli.