RUU Iltizam Banteras Rasuah, Lonjak Pertumbuhan PKS - SAMENTA
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) berkata Rang Undang-Undang Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 (RUU Ilizam) akan membendung amalan rasuah dalam sektor awam selain menyediakan dorongan untuk produktiviti, pertumbuhan serta pengembangan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).