Sabah Ambil Alih Ekuiti 25 Peratus Dalam Kemudahan ZLNG Petronas - Hajiji
KOTA KINABALU, 17 Julai (Bernama) -- Kerajaan Sabah, melalui SMJ Energy Sdn Bhd menandatangani perjanjian induk (HoA) dengan Petronas LNG Sdn Bhd untuk mengambil alih kepentingan ekuiti sebanyak 25 peratus dalam kemudahan gas asli cecair terapung berhampiran pantai (ZLNG) bernilai US$3.1 bilion (RM13.17 bilion) di Sipitang.