Sabah Sasar Peningkatan 100 Peratus Kontrak Untuk Syarikat OGSE Tahun Ini - Hajiji
KOTA KINABALU, 3 Julai (Bernama) -- Kerajaan Sabah dengan kerjasama Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan rakan industri menyasarkan peningkatan sebanyak 100 peratus kontrak tempatan dalam sektor perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) untuk syarikat-syarikat dari Sabah tahun ini.