Unit Kerjaya Prospek Peroleh Kontrak Penambakan Dan Pengerukan Bernilai RM502.3 Juta
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Kerjaya Prospek Group Bhd, Future Rock Sdn Bhd (FRSB) telah memperoleh kontrak bernilai RM502.27 juta untuk pelaksanaan dan penyiapan kerja-kerja penambakan serta pengerukan untuk Pembangunan Seri Tanjung Pinang (Fasa 2B dan 2C) (STP2) daripada Tanjung Pinang Development Sdn Bhd.