1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Jan (Bernama) -- Malaysia memulakan fasa keempat pelaksanaan invois elektronik (e-invois) hari ini, menandakan satu lagi usaha kerajaan bagi memperkukuhkan pentadbiran cukai, selain meringankan beban pematuhan terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Syarikat produk tenusu yang beribu pejabat di Johor, Farm Fresh Bhd berharap Belanjawan 2026 akan mengekalkan pendanaan bagi menyokong perbelanjaan isi rumah untuk barangan keperluan di samping menyelesaikan dasar berkaitan kesihatan seperti cukai gula.
6bulan ago
SEREMBAN, 4 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sembilan menjangkakan unsur nadir bumi (REE) di negeri ini bakal memberi sumbangan besar kepada hasil negeri bermula 2027, demikian Persidangan Dewan Undangan Negeri Sembilan diberitahu hari ini.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- - Kerajaan sedang menumpu untuk memuktamadkan butiran terperinci rasionalisasi subsidi RON95, yang akan bermula pada separuh kedua tahun ini, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
8bulan ago
Komentar Oleh Nurul Hanis Izmir
PUTRAJAYA, 12 Jun (Bernama) -- Mulai 1 Julai, rakyat Malaysia akan menyaksikan versi cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang telah disemak dan diperluas, justeru, jika diperhalusi, perubahan itu dirangka untuk mencapai keseimbangan halus antara kesaksamaan, daya tahan ekonomi dan kestabilan kewangan jangka masa panjang yang mampan bagi negara.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Semakan dan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) menunjukkan komitmen kerajaan terhadap cukai yang progresif dan saksama untuk mengukuhkan kedudukan fiskal sambil melindungi golongan yang paling memerlukannya.
8bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Semakan kadar Cukai Jualan dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan merupakan sebahagian daripada langkah fiskal bersasar untuk memastikan kewangan negara kekal berada pada landasan yang mampan, kata pakar percukaian.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Akauntan berperanan penting untuk membimbing syarikat menambah baik amalan kemampanan terutama dalam tadbir urus, dengan memastikan pendedahan berkualiti tinggi dan boleh dipercayai sejajar dengan piawaian antarabangsa, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
8bulan ago
Oleh V. Sankara Subramaniam
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- ASEAN perlu memberi keutamaan teratas bagi usaha merangka strategi dan dasar untuk mengatasi cabaran yang dihadapi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), menurut sebuah dewan perniagaan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Kerajaan belum berhasrat memperkenalkan cukai baharu dalam tempoh terdekat, kata Kementerian Kewangan (MoF).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Cadangan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing bertujuan menangani isu gaji di Malaysia, memastikan pekerja tempatan turut mendapat manfaat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Strategi pelbagai hala oleh kerajaan memperlihatkan tumpuan kepada konsolidasi fiskal di samping menyokong pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan jaringan keselamatan sosial, kata Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).