Pulau Pinang Perkenal Subsidi Sehingga RM2 Juta Untuk Syarikat Pereka Litar Bersepadu - Chow
GEORGE TOWN, 28 Sept (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengumumkan skim pakej insentif yang menawarkan subsidi sehingga RM2 juta setiap tahun dalam tempoh tiga tahun bagi menarik dan menyokong lebih ramai peserta litar bersepadu (IC) menubuhkan dan mengembangkan operasi mereka di negeri itu.