Terdapat 80 berita berdasarkan kata kunci carian " suku ketiga 2024"

AmBank: Pertumbuhan KDNK Malaysia Dijangka Sederhana Pada 4.6 Peratus Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- AmBank Group menjangkakan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia menjadi sederhana kepada 4.6 peratus tahun in berbanding anggaran 5.0 peratus pada 2024.

Perdagangan Malaysia Pada 2024 Catat Nilai Tertinggi Baharu RM2.88 Trilion - MITI

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Eksport dan import kembali meningkat kepada paras tertinggi baharu pada 2024, dengan perdagangan berjumlah RM2.88 trillion, naik 9.2 peratus tahun ke tahun, melepasi paras RM2 trilion selama empat tahun berturut-turut, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Aktiviti Membeli Saham Berharga Rendah Dijangka Sokong FBM KLCI Minggu Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka meneruskan momentum meningkatnya minggu depan disokong oleh lantunan semula susulan aktiviti jualan selama empat hari berturut-turut, kata seorang penganalisis.

KDNK 2024 Malaysia Dijangka Cecah 5.1 Peratus Berbanding 3.6 Peratus Pada 2023

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang pada 5.1 peratus pada 2024 berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Untung Bersih Bursa Malaysia Suku Keempat Dijangka Lebih Rendah Kerana DATV

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd bagi suku keempat yang berakhir 31 Dis, 2024 dijangka lebih rendah daripada suku ketiga 2024 disebabkan oleh purata nilai dagangan harian (DATV) lebih rendah untuk pasaran sekuriti, menurut AmInvestment Bank Bhd.

Affin Bank Jangka Pertumbuhan KDNK 5.2 Peratus Pada 2025

GEORGE TOWN, 9 Jan (Bernama) -- Affin Bank Bhd menjangka ekonomi Malaysia akan berkembang sebanyak 5.2 peratus pada tahun ini berbanding anggaran 5.0 peratus pada 2024.

Ekonomi Malaysia Kekal Berdaya Tahan Pada 2025 - FMM

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan yang kukuh pada tahun ini, didorong oleh permintaan domestik yang baik, aktiviti pelaburan yang rancak serta pertumbuhan dalam eksport dan pelancongan, walaupun terdapat potensi ketidaktentuan global, menurut Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

Kenanga IB: Pinjaman Sektor Perbankan Diunjur Tumbuh 6.0 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Pertumbuhan pinjaman perbankan Malaysia diunjur pada 6.0 peratus pada 2025 dalam persekitaran ketidaktentuan dalam dasar perdagangan asing, kata Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Pulau Pinang Catat RM22.6 Bilion Pelaburan Diluluskan Sehingga Suku Ketiga 2024

GEORGE TOWN, 31 Dis (Bernama) -- Pulau Pinang merekodkan pelaburan yang memberangsangkan dalam sektor perindustrian pada 2024 dengan pelaburan diluluskan berjumlah RM22.6 bilion sehingga suku ketiga tahun ini.

Ekonomi Gig Berkembang Pada 2024 Di Tengah-tengah Desakan Untuk Perlindungan Pekerja

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Ekonomi gig Malaysia telah meneruskan trajektori menaik pada 2024, dengan bilangan pekerja yang bekerja sendiri meliputi pekerja gig melebihi tiga juta setakat September.

Ekonomi Malaysia Berkembang 5.2 Peratus Pada Suku Ketiga 2024 - Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Ekonomi Malaysia mengekalkan pertumbuhan kukuh pada suku ketiga pertama 2024, berkembang 5.2 peratus dari Januari hingga September, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).

Ringgit Hampir Mendatar Berbanding Dolar AS, Mengukuh Berbanding Mata Wang Lain

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS berikutan hasil mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) selama dua hari dan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh dijangka terus menyokong dolar, kata ahli ekonomi.