Terdapat 6 berita berdasarkan kata kunci carian " syarikat penerbangan global"

IATA: Dolar Lemah Akan Lonjak Keuntungan Syarikat Penerbangan Pada 2026

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

GENEVA, 9 Dis (Bernama) -- Kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS) dijangka memberi manfaat kepada keuntungan dan margin syarikat penerbangan yang berasaskan bukan dolar AS dengan mengurangkan kos yang menggunakan nilai mata wang dolar AS seperti bahan api, sewa pesawat dan penyelenggaraan.

Syarikat Penerbangan Global Diunjur Raih Rekod, Untung Bersih Terkumpul US$41 Bilion - IATA

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

GENEVA, 9 Dis (Bernama) -- Syarikat penerbangan global dijangka mencatat rekod baharu dengan keuntungan bersih terkumpul berjumlah US$41 bilion (US$1=RM4.11) pada 2026, meningkat daripada US$39.5 bilion tahun ini manakala margin keuntungan bersihnya diunjur tidak berubah pada 3.9 peratus.

Tidak Wujud Tekanan Terhadap MAS Untuk Beli 30 Buah Pesawat Boeing - MITI

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menegaskan tidak wujud tekanan terhadap Malaysia Airlines (MAS) untuk membeli 30 buah pesawat Boeing sebagai syarat untuk mendapatkan pengurangan tarif Amerika Syarikat (AS) daripada 25 peratus kepada 19 peratus.

AirAsia Di Tangga Ke-24 Syarikat Penerbangan Global, Ke-7 Jenama Paling Bernilai Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- AirAsia berada di kedudukan ke-24 dalam senarai jenama syarikat penerbangan paling bernilai di seluruh dunia dan jenama ketujuh paling bernilai di Malaysia dalam laporan terkini Brand Finance Malaysia 100 2025.

Radar 'Sepi' Selepas Syarikat Penerbangan Global Batal, Ubah Laluan Susulan Konflik

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

BEIJING, 8 Mei (Bernama) -- Kelancaran perjalanan udara global bertukar menjadi kelam-kabut pada pagi Rabu susulan tindakan drastik syarikat penerbangan dunia membatalkan perkhidmatan selain melencongkan laluan yang merentasi Asia, Timur Tengah dan Eropah selepas penutupan ruang udara Pakistan.

China Henti Pembelian, MAG Bincang Dengan Boeing Dapatkan Pesawat Lebih Awal

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) sedang meninjau kemungkinan mempercepatkan garis masa pemerolehan pesawat Boeing pesanannya selepas slot itu dilepaskan oleh syarikat penerbangan China susulan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China.